Ahad, 20 April 2014

zahra ad-dinie


         “ Mama nak hantar kamu masuk sekolah agama berasrama . Kamu nak tak Zahra ? ” .  Aku yang tengah makan cekodok  pisang yang banyak tepung dari pisang terkejut sampai terbatuk – batuk  . Mama hanya menjeling dengan ekor mata kerana dia tahu yang aku buat – buat terbatuk  . 

          “ Ni pilihan ke arahan  ? Abah ke yang suruh mama tanya Zahra ? ” aku tanya Mama balik . Selalunya kalau hal - hal macam ni mesti mama dengan abah dah bincang dulu . Aku mesti orang yang terakhir  tahu . Walaupun sebenarnya aku dah tahu sebab aku curi – curi dengar masa mama dengan abah dengan abah sembang  dekat ruang tamu semalam .

           “ Kalau mama pilihan . Abah pula arahan . Kamu rasa macam mana ? ” Aku dah agak dah . Mana pernah abah bagi pilihan dekat aku . Walaupun mama kata pilihan tapi kalau abah kata arahan , arahan la maknanya . Semua yang keluar dari mulut abah mesti arahan . Aku ni dah lah tak suka pindah – pindah sekolah . Sebabnya aku sangat susah nak cari kawan baru . Kawan aku sekarang kebanyakannya lelaki . Yang perempuan boleh kira dengan jari aku yang runcing ni .

           Aku telan lagi cekodok pisang yang keras tadi . Mahu patah gigi aku ni kalau hari – hari makan cekodok yang macam ni . Lepas ni aku nak suruh mama boikot gerai pisang Mak Cik Som . Jangan beli lagi kat dia . Silap hari bulan boleh rongak gigi aku .

           Dekat luar ada bunyi kereta masuk garaj . Mesti abah dah balik . Ni lah masanya aku nak tanya abah kenapa abah nak masukkan aku sekolah agama . Teruk sangat ke perangai aku ni ? Aku rasa lagi elok perangai aku dari perangai anak Mak cik Som si Suraya yang selalu tuduh aku nak  rampas  pakwe dia . Padahal , Ameer Capang  tu bukannya suka kat dia pun . Ada ke patut dia tuduh aku nak kan si Amer tu . Aku ni sepupu si Ameer merangkap best friend dia . Takdenya aku nak buat laki si Amer tu . Tak berkembang keturunan aku nanti . Heh .

         Abah tarik kerusi disebelah mama . Betul - betul menghadap muka aku . Tadi , bukan main aku nak tanya abah . Sekarang , terkuis - kuis cekodok batu . Tarik nafas Zahra . Fuh .

         " Mama dah bagi tahu kamukan Zahra ?Esok pagi bangun awal . Abah nak beli barang - barang kamu nak masuk asrama . " Belum sempat aku buka mulut , abah dah lancarkan peluru berpandu kat aku . Aku terdiam tak boleh nak balas balik . Aku jeling mama . Minta bantuan . Tapi , mama buat - buat tak tahu . 

          " Zahra tak nak masuk asrama la abah . Tolong la abah . Abah tak kesian ke dekat Zahra nanti tak ada kawan . " aku cuba berdiplomasi dengan abah . Aku guna perkataan yang sesopan mungkin . Abah dah jeling aku . Nak  smash aku balik la tu .

           " Kawan yang kamu fikirkan dulu ? Di sebabkan kawan la perangai kamu jadi macam ni . Bukannya nak membantu kalau ada dekat rumah . Merayap aja kerjanya . Kerja rumah semuanya Mama yang buat kan ? Pernah ada rasa kesian dekat Mama dengan Abah . Kalau Abah hantar kamu ke asrama kamu nanti tak ada kawan ke langsung ke ? 

             Panjang lebar abah punya penerangan . Kau orang jangan salah sangka dengan aku pula bila dengar penjelasan abah aku . Aku tak adalah pemalas sangat macam yang kau orang bayangkan . Aku cuma tak berapa suka nak buat kerja yang agak gadis bagi pengamatan aku contohnya siram bunga , memasak , kerja yang berkenaan dengan memasak macam potong bawang . Pedih mata kot . Kan tak berapa nak macho tu . Kan ? Kalau basuh baju aku boleh tahan lagi . Tapi , kalau suruh aku sidai lepas tu lipat baju tu , kirim salam banyak - banyak . Aku panggil Hannah dulu . Kalau suruh aku pi kedai ke , buang sampah ke aku dengan senang hati menerima arahan . Sebab semua tu menggunakan motor . Hehe .

            " Apa yang kamu sengihkan tu ? Setuju dah ke ? " Abah pandang aku  pelik . Belum aku sempat nak bercakap Abah dah potong aku .

            " Kamu setuju ke , tak setuju ke kamu tetap kena masuk sekolah tu . Biar jadi orang " . Abah bangun dari kerusi tanpa berpaling ke arah aku . Nampaknya aku tetap kena masuk sekolah yang aku tak rela nak masuk  tu . Hmmph .

            

           
          
                   
                   





Tiada ulasan:

Catat Ulasan